teman,
sungguh aku terkedu saat membaca warkahmu. dan air mata ini akan menitis setiap kalia aku mengulang membaca warkahmu.tidak kusangka akan berlaku begini. tidak pernah terlintas dihati untuk melukaimu. tidak pernah terniat dihati untuk mengkhianati persahabatan ini. tapi, aku sedar, kau layak menyatakan begitu, kerana aku yang bersalah. cuma satu aku sedih. perkara ni dah setahun lebih berlaalu, tp knapa engkau tidak pernah memberitahuku. engkau biarkan aku merasa jauh keseorangan. aku mengaku aku bersalah selama ni, tapi adilkah kau biarkan aku tidak mengetahui apakah kesalahanku? tidak aku sangka dalam melalui saat2 macam ni, ada insan terluka kerana sikapku.ada insan perit melihat wajahku. ada insan sakit hati bila berada dekat denganku.
teman,
andai ini hukuman yang setimpal buatku, aku redha. buat lah apa yang kau suka, asalkan dapat menebus kesalahan diri insan yang lemah ini. teman, andai kau bahagia begini, aku rela, kerana aku takut kehadiranku akan melukaimu sekali lagi. hanya kata2 maaf yang bisa aku tututrkan. teman, sungguh aku tidak menyangka, aku telah melukai seorang insan kerana seorang insan yang lain. maafkan ku teman. aku tidak sanggup menanggung kesalahan ini. terasa amat berat untuk kupikul.
teman,
penyesalanku mungkin kau kata tiada gunanya kerana masa sudah berlalu. namun, apa yang terdaya aku lakukan? andai ku bisa memutar waktu...andai ku bisa berpatah balik..
teman,
aku rela jika kau anggap lebih baik begini. kau anggap lah aku sebagai apapun. kau anggaplah aku pengkhianat sebuat persahabatan.tapi, hnya 1 aku pinta. aku pinta sebuah kemaafan darimu....
No comments:
Post a Comment