sori buat kwn2
lama sy x post kt cni
skrg ni tgah praktikum
smk seksyen 9
mncabar jgk jd cikgu ni
kna ajar plak klas pndai 4sc1
mula2 tu gabra xterkata r
mula2 ja
pastu xrsa pape dah
yg pasti bes
n sy sbgai guru
ada amanah yg besar diatas bahu sy!
doakan sy berjaya...
Tuesday
RESULT OH RESULT
hmm, setelah sekian lama blog ini tdk dipost oleh aku..bukan apa, cuma xdak prsaan nk post. ttba ja hri ni rs nk tulis. lma xtulis, rs bnyk nk crta, tp xtau nk tulis apa plak. huhu, hri ni result kluar. hmm, sprti dijgka, result aku xla bgus sgt, ckp mkn ja. huhu...cm na ek..rs lg tkut nk g prktkum. mcm blum bsedia ja nk g mngajar. rs spt blum ckup ilmu yg kukutip di bumi Tg Malim. rs tlalu bnyk pengetahuan yg masih blum kutitipkan spnjg mnjadi anak kndung suluh budiman..hmm, kupergi mninggalkn upsi dgn prsaan sdikit terkilan. terkilan krna ada perkara yg blum dibereskn..terkilan krna ada hati yg masih tluka..
Monday
THANK YOU ALLAH!

hmm, lama jugak tak post kat cni. bz btul akhir2 ni. tesis la, nk exam la, dan mcm2 hal lg. esok exam tfp(perancangan dan perlaksanaan kurikulum fizik).huhu bukan senang nk jd cikgu fizik...but one is the most important i want to tell is, Allah is always hear our Doa'. Don't give up, because HE IS MOST GRACIOUS, MOST MERCIFULL.
Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati sahabatku untuk menerima diri ini. sungguh aku tidak percaya dia menegur aku lewat petang tadi. terima kasih sahabat. terima kasih atas segalanya!!all da bes 4 exam tomorrow..
Friday
Ya Allah

Syeikh Ibnu Al-Jauzi berkata, "Ketika aku berdepan dengan satu masalah yang menyesakkan dada sekian lama, aku berusaha menyelesaikan kebingungan ini dengan berfikir keras. Namun tidak kutemukan jalan penyelesaiannya. Kemudian aku ditunjukkan sebuah ayat: "Sesiapa bertaqwa kepada Allah, maka akan diberikan kepadanya jalan keluar" (Surah At-Talaq:2). Selepas itu aku sedar bahawa ketaqwaan adalah jalan keluar dari kebingungan. Itu sebab aku berusaha meningkatkan ketaqwaanku dan kutemukanlah jalan keluar..."
Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci
www.iluvislam.com
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi*
Editor : NuurZaffan
Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.
Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.
Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"
Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.
Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!
Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"
Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.
Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..

Subscribe to:
Posts (Atom)