Wednesday

'Paksa rela' punca guru PPSMI lemah bahasa Inggeris

ARKIB : 04/09/2008
UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Situasi 'paksa rela' dikesan sebagai antara punca utama yang menyumbang kepada kelemahan penguasaan bahasa Inggeris oleh guru-guru yang terlibat dalam Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, apabila dasar PPSMI dilancarkan beberapa tahun lalu, ramai guru dikerah menyertai program itu bagi menampung masalah kekurangan tenaga pengajar.

Katanya, keadaan itu merupakan 'hasil' daripada dasar PPSMI yang dicadang dan diluluskan secara terburu-buru tidak lama dahulu.

''Keadaan 'paksa rela' ini menyebabkan sesetengah sekolah turut mendapatkan khidmat ustaz dan ustazah bagi membantu menyemarakkan usaha PPSMI.

''Justeru, saya tidak nafikan bahawa memang terdapat guru-guru yang tidak fasih berbahasa Inggeris mengajar kedua-dua subjek itu dalam bahasa tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, yang meminta guru-guru berkenaan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.

Menurut Razali, pihaknya mendapati ramai guru yang menggunakan BISP mereka untuk tujuan lain, seterusnya membantutkan penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun Yim Pheng menegaskan, BISP tidak harus dihentikan kerana ia akan mewujudkan rasa kurang senang di kalangan guru-guru.

Katanya, pemberian BISP hanya wajar dihentikan apabila Kementerian Pelajaran dapat menyediakan jumlah guru yang mencukupi untuk PPSMI.

''PPSMI masih dalam fasa percubaan, jadi memang banyak kelemahan yang dikesan," jelasnya.

Monday

Keputusan ajar Sains, Matematik dalam BI diumum hujung tahun

UTUSAN MALYSIA, 15 OGOS 2008

Oleh OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI 14 Sept. - Kementerian Pelajaran akan membuat keputusan sama ada mengekalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) atau sebaliknya, selepas keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 diumumkan menjelang penghujung tahun ini.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini kerana keputusan mengubah dasar PPSMI secara drastik tidak dapat dibuat pada masa kini memandangkan proses penilaian mengenainya sedang dijalankan.

Malah, katanya, PPSMI yang sedang berlangsung juga perlu dilaksanakan sehingga tamat tempoh iaitu kepada penghujung tahun ini.

"Memang desakan sama ada kita ubah balik (ke dalam bahasa Melayu) atau kekal, datang daripada kedua-dua belah pihak. Oleh sebab itu, kita perlu melihat pandangan secara menyeluruh.

"Sungguhpun begitu, Kementerian berpendapat, masa yang sesuai untuk kita umumkan penyesuaian kepada kehendak pihak-pihak berkenaan ialah selepas keputusan UPSR tahun ini diketahui," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak yatim dan ibu tunggal anjuran Pertubuhan Belia Nur Kasih dan Pergerakan Puteri UMNO Kedah di sini malam ini.

Hishammuddin diminta mengulas gesaan supaya beliau meletak jawatan jika gagal melaksanakan semula pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu semalam.

Cadangan itu merupakan keputusan yang dicapai pada Persidangan Meja Bulat Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu dengan alasan bahasa Inggeris gagal membantu murid-murid menguasai Sains dan Matematik.

Ahli Jawatankuasa Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, daripada analisis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007, hampir 30 peratus pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) gagal Bahasa Inggeris.

Menurut Hishammuddin, Kementerian Pelajaran memerlukan jangka masa yang lebih realistik iaitu sehingga penghujung tahun ini bagi membuat keputusan terbabit.

Katanya, pihaknya juga tidak akan membelakangi sebarang keputusan ataupun cadangan yang dibuat melalui Persidangan Meja Bulat tersebut.

"Kita sudah adakan dua persidangan meja bulat dan sekarang persidangan ketiga sedang berlangsung. Daripada persidangan itu, kita telah bincangkan 16 kertas kerja.

"Ada yang sokong dan ada juga tidak sokong. Bagaimanapun, sehingga kini belum ada cadangan sahih yang membolehkan kita merumus bahawa ia perlu diubah sekarang," ujarnya.

Ditanya tentang gesaan meletak jawatan, Hishammuddin memberitahu, beliau memegang jawatan tersebut kerana amanah dan tanggungjawab.

Oleh itu, beliau berkata, soal jawatan bukanlah sesuatu pertimbangan mutlak baginya.

"Saya tahu keputusan yang dibuat memang tidak dapat memenuhi kehendak semua pihak. Polisi PPSMI wujud sebelum saya pegang jawatan.

"Namun begitu, selagi saya pegang jawatan ini, saya tetap perlu pikul dan lakukan sebaik-baiknya," katanya.

Hishammuddin yakin, sebarang keputusan yang akan dibuat kelak adalah untuk kepentingan para pelajar generasi akan datang.

''Ini sesuatu yang akan menentukan nasib dan masa depan anak-anak kita. Kalaulah selepas diumumkan itu ia masih dalam keadaan teruk dan semua NGO rasakan tidak sesuai, selepas itu saya dengan rela hati boleh letak jawatan,'' katanya.

friendship



http://www.clementsen.com/email/friendship.php

Thursday

DEBARAN BIG BANG HARI INI

KOSMO,10 0G0S 2008

GAMBAR menunjukkan seorang pekerja berdiri dekat magnet gergasi dalam terowong menempatkan mesin pemecut jirim di bawah tanah di sempadan Perancis-Switzerland pada 28 Februari 2007.

GENEVA - Pakar-pakar di seluruh dunia terutama sekali ahli fizik tersohor, Profesor Stephen Hawking (gambar) menanti dengan penuh debaran detik bermulanya eksperimen saintifik terbesar di dunia yang dijadualkan pada hari ini waktu Barat.
Eksperimen yang dibiayai Pertubuhan Eropah Bagi Penyelidikan Nuklear (CERN) itu bertempat di dalam sebuah terowong sepanjang 27 kilometer, pada kedalaman 100 meter di bawah permukaan bumi di sempadan Perancis-Switzerland.
Menggunakan alat pemecut partikel atau jirim terbesar pernah dibina dengan kos AS$5 bilion (RM17.2 bilion) dikenali sebagai Large Hadron Collider (LHC), projek CERN cuba mengulangi teori Letupan Besar atau Big Bang yang menurut sains, membawa kepada pembentukan alam semesta.
Selain itu, eksperimen tersebut yang menelan belanja lebih AS$10 bilion (RM34.3 bilion) bermatlamat menerobos kewujudan dimensi lain dan mengesahkan teori Hawking bahawa Lohong Hitam atau Black Hole di angkasa lepas mengeluarkan pancaran radiasi.
Hawking yang dilahirkan pada tahun 1942, merupakan seorang profesor matematik di Universiti Cambridge, London. Beliau mengalami kelumpuhan kekal dari leher ke bawah akibat penyakit saraf dan memerlukan bantuan kerusi roda dan alat elektronik bagi membantunya bertutur.
Namun, di sebalik kecacatan fizikalnya, pengarang buku A Brief History of Time itu disifatkan sebagai ahli fizik termasyhur selepas Albert Einstein dan bertanggungjawab mengutarakan teori bahawa Lohong Hitam memancarkan sinaran radiasi atom sehingga kehabisan tenaga sebelum meletup.
Istilah Lohong Hitam diperkenalkan oleh seorang pakar fizik, John Wheeler pada tahun 1960-an merujuk kepada fenomena kemusnahan bintang besar (berkali-kali ganda lebih besar dari matahari).
Teori Hawking itu mendapat tentangan ahli-ahli fizik masa kini kerana menurut mereka, apabila fenomena Lohong Hitam berlaku semua jirim atau atom yang membentuk bintang itu ranap lalu mengeluarkan tarikan graviti amat kuat sehingga berupaya menyedut semua benda termasuk cahaya.
Istilah Big Bang pula dicipta oleh seorang saintis Britain, Fred Hoyle pada tahun 1949, merujuk kepada keadaan alam semesta ini yang pada asalnya bercantum padu, kemudian berselerak dan mengembang selepas satu letupan kuat kira-kira 13 bilion tahun dahulu.
Pakar-pakar sains cuba membentuk keadaan Big Bang pada skala kecil di dalam terowong itu dengan memecut dan menghentam dua partikel proton hampir pada kelajuan cahaya bersamaan 300,0000 kilometer sesaat.
"Ini adalah saat yang mengembirakan untuk fizik," kata seorang pakar fizik di Universiti Southampton, Profesor Nick Evans.
"Mesin itu akan membantu para saintis membongkar rahsia alam semesta. Apa yang menarik mengenai eksperimen ini adalah kami pastinya akan membuat penemuan baru," tambahnya.
Walaupun eksperimen itu disifatkan sebagai merevolusikan penemuan fizik, saintis-saintis yang terlibat dengan projek CERN tidak terlepas daripada menerima ugutan bunuh.
Keadaan itu berlaku kerana terdapat kelompok pakar dan individu yang bimbang letupan yang tercetus turut akan membentuk Lohong Hitam dengan tarikan graviti mega.
Mereka bimbang dunia akan kiamat apabila Lohong Hitam kecil itu menyedut semua benda di Bumi ini kerana tiada eksperimen seumpamanya pernah dilakukan sebelum ini. - Agensi

Tuesday

MAKNA CINTA


Seseorang telah bertanya kepada aku apakah makna cinta..rasenya mungkin inilah yang boleh ku jawab...

Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya tanggung jawab,

Mereka yang bermain dengannya, menyebutnya sebuah permainan,

Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya sebuah impian,

Mereka yang mencintai, menyebutnya takdir.

Allah mengetahui yang terbaik, Ia akan memberi kesusahan untuk menguji kita. Terkadang Ia boleh melukai hati, supaya hikmah-Nya boleh diungkaikan..
Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan di baliknya.
Alasan yang terkadang sulit untuk dimengerti, namun kita tetap harus percaya bahwa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik.
Mengapa menunggu?Kerana walaupun kita ingin membuat keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesarina iena: Kerana walaupun kita ingin segera, kita tidak ingin sembrono.Kerana walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai, kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian itu.

Jika ingin berlari, belajarlah berjalan duhulu,

Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu,

Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu.

Pada akhirnya, lebih baik menunggu orang yang kita inginkan, berbanding memilih apa yang ada.
Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai, berbanding memuaskan diri dengan apa yang ada.Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat, kerana hidup ini terlalu singkat untuk dilewatkan bersama pilihan yang salah, kerana menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan sangat misteri.

Perlu diketahui bahawa Bunga tidak mekar dalam semalam,
Kota Rom tidak terbangun dalam sehari,

Kehidupan bermula dalam rahim selama sembilan bulan,

Cinta yang agung terus bertumbuh sepanjang kehidupan.


Kebanyakan perkara yang indah dalam kehidupan memerlukan waktu yang lama, Dan penantian kita tidaklah akan sia-sia.
Walaupun penantian melibatkan banyak perkara - iman, keberanian, dan pengharapan
Penantian menjanjikan satu hal yang tidak dapat seorang pun bayangkan.
Pada akhirnya. Allah dengan segala hikmah-Nya, meminta kita menunggu, karena alasan yang penting.

hakikatnya cinta adalah suatu hal yang subjektif..
terpulang bagaimana individu itu mendefinisikan..

Sekiranya disalah ertikan...maka rosak dan sesatlah kehidupan...

Friday

Ramai guru Sains, Matematik lemah bahasa Inggeris

ARKIB : 03/09/2008

BESUT 2 Sept. - Guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik diminta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dengan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, imbuhan yang mereka terima sepatutnya digunakan untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa itu.

''Ramai guru Sains dan Matematik dikesan menggunakan wang itu untuk tujuan lain menyebabkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan mereka masih di takuk lama,'' katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pengetua dan guru besar serta guru penolong kanan sekolah daerah Besut di sini hari ini.

Razali berkata, sejak Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan, kerajaan telah membayar BISP kepada guru Sains dan Matematik berdasarkan kelulusan iaitu lima peratus tambahan daripada gaji untuk guru berkelulusan ijazah manakala 10 peratus pula untuk mereka yang berkelulusan diploma.

Beliau tidak menafikan PPSMI menghadapi sedikit masalah yang berpunca daripada kelemahan guru dalam menguasai kemahiran bahasa Inggeris untuk mengajar subjek itu.

Razali berkata, setakat ini kerajaan telah membelanjakan hampir RM5 bilion untuk program itu.

Ramadan tetamu mulia

ARKIB : 03/09/2008

UTUSAN MALAYSIA

JIKA seorang teman yang anda kasihi dan menghubungi anda menyatakan hasratnya ingin berkunjung ke rumah anda serta singgah untuk beberapa hari, apakah yang akan anda lakukan sempena kedatangannya dan apakah perasaan anda?

Tentunya anda gembira, menyediakan persediaan bagi menerima kunjungannya dengan mengemas rumah dan mengadakan keperluan yang sepatutnya bagi tetamu tersebut.

Bukankah begitu yang selayaknya anda dan teman-teman lakukan?

Jika demikian, bagaimana pula jika yang akan datang menjenguk anda bukan sahaja dikasihi oleh diri sendiri, bahkan ia dikasihi oleh Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan sekelian orang yang beriman?

Tetamu yang akan berkunjung ini membawa bersamanya sepanjang siang dan malamnya kebaikan dan keberkatan daripada Allah. Ia adalah bulan Ramadan yang mulia, bulan berpuasa dan bertilawah al-Quran, bulan tahajud dan qiamullail, bulan kesabaran dan ketakwaan, bulan keampunan dan kebebasan daripada api neraka.

Padanya terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan pemasungan syaitan, penutupan pintu-pintu neraka dan pembukaan pintu-pintu syurga. Bulan gandaan pahala dan berkat untuk segala ketaatan dan kebaikan yang dilakukan.

Itulah sifatnya tetamu mulia ini, kerana itu amat wajarlah bagi kita - orang yang mengetahui kehebatannya, menyambutnya dengan cara terbaik, bersedia untuknya dengan menyiapkan dan membiasakan diri kita beramal padanya, moga-moga kita mendapat faedah daripada kunjungannya dan apabila ia pulang, jiwa raga kita telah bersih dan suci dengan limpahan rahmat Allah.

Oleh kerana itulah para ulama terdahulu menghargai tetamu ini dan diceritakan bahawa mereka memohon Allah melanjutkan usia mereka supaya dapat bersama bulan Ramadan sepanjang enam bulan sebelumnya, apabila ia berakhir mereka menangis sayu di atas pemergiannya dan berdoa agar Allah menerima amalan mereka bagi bulan Ramadan sepanjang beberapa bulan selepas itu.

Malangnya, sebahagian umat Islam menyambutnya dengan pelbagai kegiatan yang menyalahi hukum Allah SWT. Ada yang menyambutnya dengan berpesta, nyanyian, tarian dan muzik.

Sebahagian lagi menyediakan filem-filem yang menyeronokkan sepanjang malam bulan Ramadan yang dipenuhi dengan adegan yang memenuhi tuntutan nafsu.

Ramai yang menyambutnya dengan mengunjungi pasar-pasar, berasak-asak dengan orang ramai untuk membeli pelbagai jenis makanan dan minuman; seolah-olah bulan tersebut adalah bulan makan-minum, tidur pada waktu siang, berjaga pada malamnya dengan aneka hiburan.

Cara yang dianjurkan oleh Islam secara ringkas adalah sebagaimana berikut:

1. Berdoa semoga Allah melanjutkan usia kita dan dapat menyambut bulan Ramadan sebagaimana yang diamalkan oleh ulama silam, di samping memohon pertolongan-agar dapat berpuasa, qiamullail dan beramal soleh padanya.

2. Membersih diri dan bersuci, iaitu membersihkan diri dan jiwa dengan taubat daripada segala dosa dan maksiat. Taubat ini adalah wajib pada setiap waktu. Taubat bukanlah sekadar meninggalkan perbuatan dosa. Bahkan ia memerlukan pengembalian seluruh jiwa raga kepada Allah s.w.t.

3. Menyediakan diri bagi menyambut kedatangan Ramadan dengan menunaikan ibadat puasa sunat pada bulan Syaaban serta amalan kebaikan lain. Ia merupakan bulan diangkatkan segala amalan manusia kepada Allah s.w.t.

4. Antara perkara terpenting ialah mempelajari hukum-hakam puasa, mengetahui sunah Nabi SAW serta hukum hakam puasa sebelum menghampiri bulan tersebut.

5. Agenda seterusnya ialah menyediakan jadual ibadah untuk bulan yang mulia itu dengan program yang memenuhi waktu yang amat berharga bagi diri kita, keluarga, rakan-rakan dengan membaca al-Quran, tadarus, qiamullail, menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka, mengerjakan umrah, iktikaf, bersedekah, berzikir, membersihkan jiwa dan raga, dan seterusnya.

Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu namanya ‘al-Rayyan’. Orang yang berpuasa masuk syurga melalui pintu itu. Orang lain tidak akan memasukinya. (riwayat Bukhari)

Sebagai penutup bicara, marilah sama-sama kita hayati kata-kata ini:

“Wahai mereka yang belum cukup baginya dosa pada bulan Rejab, sehingga menderhakai Tuhannya pada bulan Syaaban, telah datang kepadamu bulan puasa selepas kedua-duanya.

Janganlah jadikannya juga bulan kemaksiatan, kerana ia adalah bulan al-Quran dan bulan tasbih.

“Berapa ramai orang-orang terdahulu yang kamu kenal telah berpuasa di antara jiran tetangga dan sahabat handai?

“Mereka telah meninggal dunia sedangkan kamu masih hidup. Alangkah hampirnya masa mereka yang telah pergi dengan yang masih tinggal.

Ya Allah, sampaikan kami kepada bulan Ramadan, supaya kami dapat menunaikan ibadah puasa dan amalan soleh. Tetapkan pendirian kami di dalam ketaatan kepada-Mu sehingga kami menemui-Mu. Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Menyahut doa-doa kami”.

Thursday

SESEORG YG AMAT MCINTAI KITA..



Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,

"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

"Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku''.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah
yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?"- "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.