Friday

Ya Allah


Syeikh Ibnu Al-Jauzi berkata, "Ketika aku berdepan dengan satu masalah yang menyesakkan dada sekian lama, aku berusaha menyelesaikan kebingungan ini dengan berfikir keras. Namun tidak kutemukan jalan penyelesaiannya. Kemudian aku ditunjukkan sebuah ayat: "Sesiapa bertaqwa kepada Allah, maka akan diberikan kepadanya jalan keluar" (Surah At-Talaq:2). Selepas itu aku sedar bahawa ketaqwaan adalah jalan keluar dari kebingungan. Itu sebab aku berusaha meningkatkan ketaqwaanku dan kutemukanlah jalan keluar..."

Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci

www.iluvislam.com
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi*
Editor : NuurZaffan

Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.
Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.
Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"

Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.
Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..

Saturday

kupohon kemaafan...

TEMAN,
disaat ini maruahku terasa berada ditapak kaki, tersungkur menyembah bumi.
sungguh aku yg bersalah. setiap kali mindaku terfikirkan perkara ini, setiap kali itulah air mataku menitis. aku kecewa dengan diri aku sendiri. kecewa kerana telah melukai seorang insan yang amat aku sayangi. insan yang telah kukenal hati budinya, insan yang telah sudi berkongsi suka duka bersamaku. dia yang aku sayang melebihi rakan-rakan yang lain, kerana dia kurasakan amat memahami diriku ini..
TEMAN,
andai orang lain mengetahui apa yang telah aku lakukan terhadapmu, aku pasti mereka juga akan menyalahkanku. tapi, aku xsanggup berhadapan dengan semua ini. malu yang teramat sangat. malu dengan keluarga hang. malu dengan kawan2 hang. mana aku nak letak muka klu mak ayah hang tau yang aku telah melukakan hati anak mereka..malu denga kakak hang kerana adiknya telah dikhianati sahabat sendiri, malu dengan adik2 hang kerana kakaknya telah dilukai orang yang amat dekat dengannya. dan kalau aku xbagi kad raya kad hang hari tu, mesti smpi skrg aku xtau yang aku dh buat 1 kesalahan yang paling besar dlm hidup aku..kesalahan aku kat hang..
TEMAN,
kupohon sebuah kemaafan darimu. akau merayu secebis keampunan darimu. sanggupkah kau lupakan segala yang indah yang telah kita lalui bersama, hanya kerana 1 kesalahan yang telah aku buat?aku xsanggup dihantui rasa bersalah.. sedangkan nabi ampunkan umatnya, aku memohon maaf sekali lagi.kerana selepas sem ni, entah bila lagi kita akan bersua. dan mungkin juga kau rasa lebih baik tidak bertemu denganku lagi. sanggupkah kau biarkan aku pergi bersama2 sebuah penyesalan yang tidak berkesudahan?
sebelum final exam ini, sebelum kita praktikum, sebelum perpisahan ini terjadi, aku mohon maaf sekali lagi.tanpa kemaafan darimu, aku rasa setiap apa yang aku buat dan usaha yang aku lakukan terhijab dan tergantung kerana kesalahanku padamu.. tolonglah teman..andai kau sanggup lihat aku derita begini, kau teruskanlah apa yang kau dh buat skrg. andai kau xsanggup jgk mnjadi shbtku, aku terima, tp, maafknlah kesalahan itu...

Friday

sahabat

teman,
sungguh aku terkedu saat membaca warkahmu. dan air mata ini akan menitis setiap kalia aku mengulang membaca warkahmu.tidak kusangka akan berlaku begini. tidak pernah terlintas dihati untuk melukaimu. tidak pernah terniat dihati untuk mengkhianati persahabatan ini. tapi, aku sedar, kau layak menyatakan begitu, kerana aku yang bersalah. cuma satu aku sedih. perkara ni dah setahun lebih berlaalu, tp knapa engkau tidak pernah memberitahuku. engkau biarkan aku merasa jauh keseorangan. aku mengaku aku bersalah selama ni, tapi adilkah kau biarkan aku tidak mengetahui apakah kesalahanku? tidak aku sangka dalam melalui saat2 macam ni, ada insan terluka kerana sikapku.ada insan perit melihat wajahku. ada insan sakit hati bila berada dekat denganku.
teman,
andai ini hukuman yang setimpal buatku, aku redha. buat lah apa yang kau suka, asalkan dapat menebus kesalahan diri insan yang lemah ini. teman, andai kau bahagia begini, aku rela, kerana aku takut kehadiranku akan melukaimu sekali lagi. hanya kata2 maaf yang bisa aku tututrkan. teman, sungguh aku tidak menyangka, aku telah melukai seorang insan kerana seorang insan yang lain. maafkan ku teman. aku tidak sanggup menanggung kesalahan ini. terasa amat berat untuk kupikul.
teman,
penyesalanku mungkin kau kata tiada gunanya kerana masa sudah berlalu. namun, apa yang terdaya aku lakukan? andai ku bisa memutar waktu...andai ku bisa berpatah balik..
teman,
aku rela jika kau anggap lebih baik begini. kau anggap lah aku sebagai apapun. kau anggaplah aku pengkhianat sebuat persahabatan.tapi, hnya 1 aku pinta. aku pinta sebuah kemaafan darimu....

Tuesday

TENSION!!!!!!!!!!!

bila la nk siap tesis ni
memg tension
tension sbb xtau nk buat cm na
ada sesapa bleh tolg?huhu
methanation of co2/h2
dh la xpernah blaja
dh jd mcm budak kimia dh
pening r tgok chemical eqn
nickel oxide
dry ice
arghhhhhhhhhhhhh

rasa nk mnjerit ja
hmm
napa la en hasmizam ni xnak bls emel aku
aku mngorat kang
dia dh la single lg
huhu
xnk tolg ckp ja la xnk
huhu
prof rahman
please help me
khai
my thesis member
apa nk jadi projek kita nih????

Sunday

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA...



Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud :
“ .. Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, pertama : kegembiraan ketika berbuka, kedua : ketika berjumpa Tuhannya ( Allah S.W.T ) ” Muttafaq Alaih